Tuesday, 1 December 2015

Trip ke Jepun (Pre)

Assalamualaikum wth...

Ini adalah 1st timer aku naik kapal terbang...hahaha...Memang kejakunan sungguh la kan. Tapi cover la sikit cik kak oi...

So, 1st timer aku buat plan baaaaikkk punya eh...hehehe..So, after decide berapa haribulan nak pergi, aku dah start booking flight tiket 3 bulan awai lagi.

Boleh la dapat Low Price (according to Airasia.com la) kan..
Aku p ngan husband je, MrZ. Anak2 aku tak bawa memandangkan depa akan mulakan sesi persekolahan pada tarikh yang pada masa tu, aku akan berada di Jepun.


Sebenarnya, plan asal ke Jepun ni adalah bulan Mac tahun 2016, tetapi memandangkan pelbagai aspek dipertimbangkan termasuk kos, masa, peserta, back up jaga anak sume, maka terjadi lah trip ala2 honeymoon gitu ha..

MrZ ada adik yang study di Hiroshima University then akan grad bulan 3 tahun 2016 tu. So, sebelum dia habis belajar then maybe akan pulang bekerja di Malaysia, dia la yang mengutarakan idea kepada sesiapa yang berhajat untuk berjalan-jalan @ p tgk dia grad/konvo kat sana, boleh la plan lebih awai.

Nak dijadikan cerita, dek kerana kami dah bincang2 dalam group keluarga, so terkeluar lah idea dari diriku ini, selain dari tarikh bulan 3 tahun 2016, tu ada lagi tak tarikh lain yang boleh jadi pilihan. Kalau pun tak p masa adik dia grad, then kita just pergi for leisure pun boleh apa, adik dia still ada di sana kan. hehehe..

So, after confirmation better date yang adik dia betul2 convenient, so kita move forward ngan plan la kan..So, tarikhnya adalah 28 Dec 2015 hingga 04 Jan 2016. Bila dapat tarikh apa kita buat?

Beli tiket ler, apalagi?
Bab beli tiket ni, kita buat Beli tiket kapal terbang ke Jepun khas nanti na..

Banyak juga la pot pet pot pet sebelum kita decide nak buat 1st timer trip ke Jepun ni. Bukan senang aku nak kuar $$$ labur semua p sana taw.hehehe...
Tapi takpe2, kita redha & tawakal je. Alhamdulilah, sume dah settle.

Banyak benda nak kena buat persiapan, especially siapa akan jaga anak2 masa kami ke Jepun nanti. Antaranya:

1. Sebelum habis sesi persekolahan tahun 2015, aku dah siap2 jumpa cikgu sekolah anak aku yang Darjah 1 tu. So, pas jumpa, cikgu suruh buat surat. Aku pun gigih tulis surat sume. Bukti taw, signature dari ibubapa itu sendiri..ha..

2. Bagi anak aku yang 6 tahun aku whatsapp je kat dia sbb dia biasa whatsapp je, habaq anak aku akan still ke sekolah tapi aku bayar yuran RM90.00 tu lepas aku balik dari Jepun. Cikgu dia pun ok, siap pesan lagi. hehehe.

3. Baju sekolah untuk KAFA anak aku darjah 1 untuk darjah 2 tu. Memang aku iron siap2, siap bawa p umah ngasuh dia,gantungkan.

4. Baju sekolah budak Sakinah 6 tahun tu aku siap iron & gantung.

5. Kereta nanti parking kat rumah Mak Ngah, so nanti kami balik sendiri ke rumah ngan RJ je. Idok le nyusahkan org nak p hantar plak kan. Naik teksi ke, ada pertambahan kos tu. hehehe..

6. Baju harian, baju tido anak2 sume aku prepare siap2, dua tiga hari sebelum keberangkatan aku ke Jepun.hehehehe..

7. Makanan basah, beras, roti, apa2 sahaja keperluan makan anak2 aku beli supaya dorang tak kelaparan pula.

8. Termasuklah peralatan mandi sume.

Itu baru bab persiapan untuk tinggalkan anak2, belum persiapan aku ngan husband nak ke Jepun, dik..hehehe..Dah nama Pre kot.

So, back to main issue, kita explore plak la, sikit2 kan. So, bab beli tiket kita nyer route Tokyo (Haneda) ye, dik bukan Osaka. Kenapa bukan Osaka?
Sebab AirAsiaX hanya membuat low price ke Tokyo jew. Osaka tarikh yg tu, harga dia memang x bleh blah. Dapat pergi Tokyo pun dah ok ape..hehehe..






Tuesday, 5 January 2010

Tips dan Rahsia Memudahkan Proses Bersalin

Assalamualaikum wth...
Alhamdulilah semoga hari-hari anda semua bermula ceria & memperoleh keberkatan sehingga ke hujung hari dan begitulah hari-hari seterusnya.


Entry yang pertama, kita cerita tentang Tips Memudahkan Proses Bersalin. Sesiapa yang sedang mengandung boleh cuba amalkan tips-tips ini. Ingat, ini hanya sekadar perkongsian, bukan sure jadi.


Setiap manusia dilahirkan berbeza takdir & rezeki nya. In Sha Allah, entry ini hanya untuk berkongsi pengalaman & rahsia-rahsia yang sebenarnya jarang diperbincangkan. So, jom kita teruskan pembacaan ye...


  • Tips yang pertama semasa tempoh 1 hingga 6 bulan. Orang kata, berkat minum air lebihan suami, In Sha Allah dipermudahkan bersalin. Bagi yang belum pernah cuba dan sedang mengandung untuk tempoh ini, boleh la cuba & amalkan. Kalau boleh air masak putih tu, kita boleh minta suami tinggalkan sikit utk kita, atau air kopi pun boleh juga. Terpulang kepada masing-masing ngan share ngan suami rahsia ini atau tidak. Boleh juga share, sekurang-kurang nya, dia tahu kita cuba amalkan sesuatu yang tak salah di sisi agama & pokok pangkal hati yang kena yakin atas apa yang kita amalkan.


  • Tips yang kedua, usahakan masak santan kelapa hingga jadi minyak. Rahsia kedua ini bagi saya agak istimewa kerana tak ramai yang ingin dan ada masa untuk mengusahakan nya. Santan kelapa yang diperah berlainan dengan yang ready made dalam kotak tu. So, hasil nya mungkin berbeza-beza. Boleh juga minta tolong Encik Suami untuk beli kelapa yang dah siap parut & then kita just perah kan untuk dapatkan air santan nya. Boleh juga semasa memerah santan tu, disertakan dengan niat yakni matlamat untuk memudahkan bersalin. Ketika sedang memerah santan, sertakan dengan selawat & Ayat Qursi. Rahsia ini boleh diamalkan disertakan dengan keyakinan terhadap kuasa Allah SWT. Santan dimasak sehingga jadi minyak. Dan juga ketika mengacau santan di atas api, boleh juga disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad. Tak tentu juga masa berapa lama untuk santan yang dimasak untuk menjadi minyak. Mungkin 0 hingga 30 minit. Selepas agak2 dah jadi minyak, tapiskan & sejukkan. Boleh juga disalin simpan kedalam botol kecil. Amalkan minum seminggu sekali sesudu kecil sahaja, ketika usia kandungan 6 hingga 9 bulan. Sebenarnya, khasiat meminum minyak kelapa buatan sendiri ini jarang orang untuk percaya seterusnya mengamalkan. Oleh yang demikian, kita perlu ubah setiap apa yang kita buat supaya yakin dengan apa yang kita usahakan. Simbolik nya kerana, perahan santan tu dari tangan kita sendiri, dan hasil minyak kelapa itu sendiri yang tiada campuran bahan kimia , bersih, wangi dan berstrukur lembut (moist). So, bila kita minum minyak tu, kita akan tak rasa mcm kita minum minyak urut pula, kan.


  • Tips yang ketiga, kita juga boleh amalkan minum air dengan kadar yang minimum yang berada di hujung rambut kita. Biasanya selepas kita mandi, jika kita basuh rambut, kita akan lap ngan kain tuala, kan? So, bagi yang sedang  menanti kelahiran, boleh amalkan juga petua ini.


So, tak banyak pun tips yang dapat dikongsi. Tapi diharap akan dicuba & mendapat hasil nya. In Sha Allah..Aamin...