Tuesday, 5 January 2010

Tips dan Rahsia Memudahkan Proses Bersalin

Assalamualaikum wth...
Alhamdulilah semoga hari-hari anda semua bermula ceria & memperoleh keberkatan sehingga ke hujung hari dan begitulah hari-hari seterusnya.


Entry yang pertama, kita cerita tentang Tips Memudahkan Proses Bersalin. Sesiapa yang sedang mengandung boleh cuba amalkan tips-tips ini. Ingat, ini hanya sekadar perkongsian, bukan sure jadi.


Setiap manusia dilahirkan berbeza takdir & rezeki nya. In Sha Allah, entry ini hanya untuk berkongsi pengalaman & rahsia-rahsia yang sebenarnya jarang diperbincangkan. So, jom kita teruskan pembacaan ye...


  • Tips yang pertama semasa tempoh 1 hingga 6 bulan. Orang kata, berkat minum air lebihan suami, In Sha Allah dipermudahkan bersalin. Bagi yang belum pernah cuba dan sedang mengandung untuk tempoh ini, boleh la cuba & amalkan. Kalau boleh air masak putih tu, kita boleh minta suami tinggalkan sikit utk kita, atau air kopi pun boleh juga. Terpulang kepada masing-masing ngan share ngan suami rahsia ini atau tidak. Boleh juga share, sekurang-kurang nya, dia tahu kita cuba amalkan sesuatu yang tak salah di sisi agama & pokok pangkal hati yang kena yakin atas apa yang kita amalkan.


  • Tips yang kedua, usahakan masak santan kelapa hingga jadi minyak. Rahsia kedua ini bagi saya agak istimewa kerana tak ramai yang ingin dan ada masa untuk mengusahakan nya. Santan kelapa yang diperah berlainan dengan yang ready made dalam kotak tu. So, hasil nya mungkin berbeza-beza. Boleh juga minta tolong Encik Suami untuk beli kelapa yang dah siap parut & then kita just perah kan untuk dapatkan air santan nya. Boleh juga semasa memerah santan tu, disertakan dengan niat yakni matlamat untuk memudahkan bersalin. Ketika sedang memerah santan, sertakan dengan selawat & Ayat Qursi. Rahsia ini boleh diamalkan disertakan dengan keyakinan terhadap kuasa Allah SWT. Santan dimasak sehingga jadi minyak. Dan juga ketika mengacau santan di atas api, boleh juga disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad. Tak tentu juga masa berapa lama untuk santan yang dimasak untuk menjadi minyak. Mungkin 0 hingga 30 minit. Selepas agak2 dah jadi minyak, tapiskan & sejukkan. Boleh juga disalin simpan kedalam botol kecil. Amalkan minum seminggu sekali sesudu kecil sahaja, ketika usia kandungan 6 hingga 9 bulan. Sebenarnya, khasiat meminum minyak kelapa buatan sendiri ini jarang orang untuk percaya seterusnya mengamalkan. Oleh yang demikian, kita perlu ubah setiap apa yang kita buat supaya yakin dengan apa yang kita usahakan. Simbolik nya kerana, perahan santan tu dari tangan kita sendiri, dan hasil minyak kelapa itu sendiri yang tiada campuran bahan kimia , bersih, wangi dan berstrukur lembut (moist). So, bila kita minum minyak tu, kita akan tak rasa mcm kita minum minyak urut pula, kan.


  • Tips yang ketiga, kita juga boleh amalkan minum air dengan kadar yang minimum yang berada di hujung rambut kita. Biasanya selepas kita mandi, jika kita basuh rambut, kita akan lap ngan kain tuala, kan? So, bagi yang sedang  menanti kelahiran, boleh amalkan juga petua ini.


So, tak banyak pun tips yang dapat dikongsi. Tapi diharap akan dicuba & mendapat hasil nya. In Sha Allah..Aamin...